Buat pengetahuan anda, kami hanya menjual biskut-biskut yang terpilih sahaja. Terpilih yang bagaimana? Jawapannya biskut-biskut yang hanya mendapat two thumbs up daripada tasters kami :)Walaupun begitu kadang-kadang ada juga jenis biskut yang tidak dapat kami supply, kerana ia bergantung kepada keadaan semasa dan availability pembuatnya. Jadi sila semak katalog untuk mengetahui biskut yang available.
Kami di bizkutraya.com pada mulanya hanya menjual secara kecil-kecilan. Namun setelah beberapa tahun, kami mempunyai beberapa pelanggan tetap dan kemudian bercadang untuk cuba mempromosikan secara online pada tahun 2007. Bermula pada October 2009, kami bercadang menjalankan urus niaga secara online sepenuhnya. Maka sebarang urusan atau pertanyaan silaberhubung melalui email atau borang yang disediakan.
Kenapa pilih bizkutraya.com?
- Anda boleh menempah aneka biskut home-made sepanjang tahun.
- Anda dapat menikmati keenakan biskut pada bila-bila masa.
- Tempahan boleh dibuat untuk apa jua majlis anda.
- Terdapat khidmat penghantaran terus ke rumah pada musim tertentu.
- Memudahkan & menjimatkan masa terutamanya anda yang sibuk bekerja.
- Memberi anda suasana seperti membeli di pasar raya.
- Harga boleh dirunding bagi tempahan secara lump sum.
- Biskut raya kami menepati cita rasa semua peringkat umur.
- Tempahan anda terus dibuat setelah menerima pengesahan tempahan.
- Anda dapat menikmati biskut daripada bahan berkualiti yang halal & fresh.
- Anda boleh menikmati biskut kami tanpa ragu-ragu.
Katalog Ala Carte
- ALMOND LONDON ~ Signature Cookies~
Almond London Signature Cookies bizkutraya.com kembali lagi!!! HOT! HOT! HOT! Best selling cookies yang paling HOT!!! Tidak seperti Almond London yang biasa dijual penjual biskut, Almond London Signature Cookies bizkutraya.com ini diletakkan sebiji almond di dalamnya, bukan separuh yer! Manakala tepungnya memang terasa penuh berkrim. Coklatnya pula memang up! Bukan coklat murah okay! Biskut ini kalau jadi hidangan buat tetamu pada musim perayaan memang cepat licin! Silap haribulan tuan rumah sendiri tak sempat makan! So signature cookies ini sangat kami recommend pada semua supaya beli stock lebih sikit :) Kalau tak, jumpa lagi tahun depan, jika masih diizinkan Tuhan.
1 balang +- 50 pcs Minimum order: 2 balang
HARGA: RM26.00 sebalang
(Untuk harga borong sila hubungi webmaster@bizkutraya.com)
OATMEAL COOKIES ~ Signature Cookies~
More signature cookies from bizkutraya.com!!!Setiap tahun pasti menjadi best selling cookies bizkutraya.com. Tidak kira peringkat usia, cookies ini turut menjadi kegemaran kanak-kanak. Bagi pelanggan tetap, cookies ini wajib dibeli setiap kali menjelang musim perayaan, bagi yang belum pernah rasa, kami recommend sangat supaya anda cuba! Jangan lupa hidang pada tetamu hari raya nanti, pasti ada yang bertanya ;) Turut dinasihatkan agar beli lebih sikit stock cookies ini. So janganlah tunggu last2 minute baru nak order, kalau dah cukup quota, mintak ampun siap2 kami memang tak dapatlah nak terima tempahan lagi walaupun sebalang dua! Sebabnya signature cookies bizkutraya.com memang cepat licin!
1 balang +- 50 pcs Minimum order: 2 balang
HARGA: RM24.00 sebalang
(Untuk harga borong sila hubungi webmaster@bizkutraya.com)
TART NANAS
Everybody's favorite. Bila makan, mesti tak bleh nak stop. Jadi berhati-hati bila hidangkan biskut ini. Sekelip mata je bleh hilang. Silap haribulan, tetamu minta tapau.
1 balang +- 50 pcs Minimum order: 2 balang
HARGA: RM23.00 sebalang
*Tidak sesuai utk penghantaran pos.
(Untuk harga borong sila hubungi webmaster@bizkutraya.com)
GAJUS ANGGUN
100% gajus. Jika anda sukakan gajus, pasti anda sukakan biskut ini. Inside out, kami hanya menggunakan gajus untuk memberikan rasa dan aroma kacang gajus. Try dulu, baru tahu...
1 balang +- 50 pcs Minimum order: 2 balang
HARGA: RM23.00 sebalang
(Untuk harga borong sila hubungi webmaster@bizkutraya.com)
COKLAT WALNUT SERASI
Perfect Balance. Memang tak boleh dinafikan bahawa biskut ini mempunyai rasa yang cukup perfect. Kandungan setiap bahan memang serasi ditambah kacang walnut yang memang best sangat!
1 balang +- 50 pcs
Minimum order: 2 balang
HARGA: RM23.00 sebalang
(Untuk harga borong sila hubungi webmaster@bizkutraya.com)
CAPPUCINO KISS
Biskut ini dicelup separuh dalam coklat. Rasa biskut ini agak unik kerana ia akan berakhir dengan a kiss of cappuccino taste. Tak percaya? Cuba rasa!
1 balang +- 50 pcs
Minimum order: 2 balang
HARGA: RM23.00 sebalang
(Untuk harga borong sila hubungi webmaster@bizkutraya.com)
Order/Tempahan
Sila baca maklumat berikut sebelum membuat tempahan.
- Tarikh Tutup Tempahan
- Self Pickup
- Cara Pembayaran
- Borang Tempahan/Oder (sila baca malumat di atas sebelum membuat tempahan)
Tarikh Tutup Tempahan
Sempena Deepavali:
Sila buat tempahan SEBELUM 15 Oktober 2010 (Jumaat).
Bagi yang ingin membuat tempahan secara borong, sila buat tempahan lebih awal daripada tarikh tersebut.
Sempena Hari Raya Haji:Sila buat tempahan SEBELUM 22 Oktober 2010 (Jumaat).
Bagi yang ingin membuat tempahan secara borong, sila buat tempahan lebih awal daripada tarikh tersebut.
Namun ingin diingatkan bahawa, jika tempahan mencapai limit yang mampu kami bekalkan maka tempahan akan terus ditutup lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan. Ini kerana pihak bizkutraya.com adalah home-made cookies di mana kami bukan kilang biskut. Dalam erti kata lain, tempahan boleh ditutup pada bila-bila masa sahaja. Harap maklum. Maka anda dinasihatkan supaya tidak membuat tempahan pada saat-saat akhir.
Self Pickup
Semua tempahan sempena Deepavali & Hari Raya Haji 2010 hendaklah diambil sendiri. Pihak bizkutraya.com tidak menyediakan khidmat penghantaran by-hand mahupun pos untuk musim ini.
Butiran untuk mengambil tempahan adalah seperti berikut:
Tempat: Taman Bidara, Selayang.
Masa: 10.00 pagi - 6.00 petang sahaja.
Tarikh untuk mengambil tempahan: Bagi yang membuat tempahan sebelum 15 Oktober 2010
31.10.2010 - 13.11.2010 sahaja.
Bagi yang membuat tempahan sebelum 22 Oktober 2010
08.11.2010 - 13.11.2010 sahaja.
Alamat penuh dan nombor untuk dihubungi bagi tujuan pengambilan tempahan sahaja, akan disertakan dalam invois. Segala urusan selain daripada itu sila berhubung melalui email kepadawebmaster@bizkutraya.com. Sila rujuk maklumat lanjut mengenai cara pembayaran.
Cara Pembayaran
Cara Pembayaran Self Pickup
Semua tempahan biskut untuk self pickup mesti dibayar penuh seperti yang tercatit dalam invois. Invois akan dihantar melalui email.
Selagi pihak bizkutraya.com tidak menerima bayaran penuh seperti yang dinyatakan di dalam invois, maka tempahan anda masih belum confirm. Harap maklum bahawa pihak bizkutraya.com tidak lagi mengambil deposit, ini bertujuan mempercepatkan dan melancarkan proses pengurusan.
Setelah menerima invois daripada pihak bizkutraya.com, sila buat bayaran seperti yang ditetapkan. Setelah itu sila maklumkan kepada pihak kami berserta dengan salinan bayaran yang dibuat melalui email kepadawebmaster@bizkutraya.com. Sebarang urusan atau pertanyaan sila berhubung secara online iaitu melalui email.
Sila ambil perhatian bahawa salinan resit bayaran amatlah penting dan wajib disertakan melalui email kepada pihak kami. Jika berlaku sebarang masalah dan anda tidak menyertakan salinan resit, maka pihak bizkutraya.com tidak dapat bertanggung jawab ke atas sebarang masalah yang timbul.
Bayaran boleh dibuat melalui mana-mana akaun seperti berikut:
NAMA : NATIKAH NURBIANI BINTI JAMALUDIN
NO. ACC : 102072351711
EMAIL : webmaster@bizkutraya.com
ATAU
NAMA : ARIF HUSNI BIN AMIR HUSNI
NO. ACC : 14060533688525
EMAIL : webmaster@bizkutraya.com